PruBSN Takaful Link: Menjaga Anda Dari Muda Hingga Bersara

PruBSN Takaful Link: Menjaga Anda Dari Muda Hingga Bersara

Perlindungan Komprehensif dari Pelan Yang Sangat Fleksibel Takafulink adalah pelan investment-linked yang membawa keuntungan dari sumber pelaburan. Perlindungan yang diberikan oleh Takafulink adalah berbentuk pampasan kematian dan penyakit kritikal. Takafulink sangat sesuai untuk orang yang berumur 26-70 tahun. Dengan sumbangan serendah RM100/bulan, anda dapat menikmati pelbagai faedah dan yang paling penting, pelan ini sangat fleksibel dan boleh diubahsuai mengikut keperluan anda dalam kerjaya dan keluarga. Antara manfaat-manfaat yang disediakan ialah: Kad Perubatan dengan 100% coverage. 100% coverage ni maksudnya apa? Maksudnya kalau anda masuk hospital, bil hospital tu 100% Prudential tanggung. Setidak-tidaknya anda dah tak perlu fikir pasal bil. Kalau takde insurans? Bayar sendiri. Masuk wad ada deposit. Lepas tu keluar wad bayar baki dia. Kalau insurans syarikat? Ada yang cover 100%, tapi ada jugak yang ada percentage. 30/70, 80/20, di mana jumlah yang lebih kecil tu anda tanggung. Dan deposit pun anda bayar. Kan senang kalau ada medical card? Pampasan jika berlaku kematian keatas perserta atau lumpuh sepenuhnya. Insurans nyawa adalah produk asas bagi semua produk insurans. Tak kira anda beli produk apa, mesti ada komponen insurans nyawa dalam pelan tu. Sikit atau banyak je beza dia. Pampasan jika peserta menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal Definisi penyakit kritikal kebanyakannya sama sahaja antara semua syarikat insurans. Tapi mungkin ada beza juga sedikit sebanyak. Kalau was-was, boleh rujuk polisi anda untuk senarai yang tepat dan dikemaskini. Atau pinjam polisi kawan. Atau telefon kawan yang ejen insurans mintak kepastian. Apa pun, di bawah ini saya sertakan senarai 36 Penyakit Kritikal Prudential pada masa artikel ini ditulis: Perlindungan kemalangan di mana sejumlah pampasan akan diberikan jika berlaku kemalangan. Malang tak...

Setahun selepas MH17: Kisah seorang wanita yang tabah

Asmaa Aljuned: Tabahnya seorang ibu berjuang untuk anaknya setelah kehilangan suami Tarikh 17 Julai, setahun yang lalu, dunia digemparkan dengan berita yang mengejutkan: pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine di ruang udara Donetsk. Tidak diketahui sehingga kini mengapa pesawat komersial itu ditembak jatuh. Ada yang kata sengaja, ada yang kata tak sengaja, tetapi apa jua sebab yang diberikan, ia telah ditembak jatuh. Baca juga: 10 Tips Kewangan Paling Efektif Tiada yang terselamat daripada nahas tersebut. Salah seorang kru, merangkap pembantu juruterbang pesawat tersebut, Allahyarham Mohd Hakimi bin Hanafi, merupakan klien takaful saya. Beliau mengambil takaful nyawa tepat dua bulan sebelum trajedi berlaku. Beliau meninggalkan isteri, Asmaa Aljuned, yang rakan sekolah saya dahulu, dan seorang anak lelaki, Abderrahman bin Mohd Hakimi. Setahun selepas nahas berlaku, saya menjemput saudari Asmaa untuk ditemuramah. Saya yakin ramai wanita di luar sana ingin mengetahui bagaimana beliau mengharungi detik-detik awal trajedi tersebut, bagaimana beliau tabah menghadapi segala masalah yang timbul dan apa nasihat atau pengajaran yang dapat beliau kongsikan berikutan trajedi...
PruBSN Firstlink: Meraikan dan Menyokong Generasi Muda

PruBSN Firstlink: Meraikan dan Menyokong Generasi Muda

PruBSN Firstlink Membantu Capai Matlamat Hidup Anda Untuk siapa produk ini direkacipta? Produk ini dicipta untuk remaja dan pemuda pemudi berumur 19-25 tahun. Ia direka khas untuk golongan muda yang baru hendak memulakan hidup berdikari dan membina karier dan keluarga masing-masing. Sumbangan minimum yang dikenakan adalah sebanyak RM100 sebulan, dan tempoh matang atau jangakamasa perlindungan adalah sehingga umur 80 tahun atau 100 tahun. Sebagai pemuda yang baru habis bersekolah, memang banyak cabaran yang perlu dihadapi, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi moden yang sangat kompetitif ini. Meraikan Setiap Langkah Anda Kehadapan Bukankah lebih mudah untuk kita berjaya jika mendapat sokongan padu dari belakang yang memastikan kita sentiasa bersemangat dan fokus kepada cita-cita kita? PruBSN Firstlink ini menyediakan pelbagai reward untuk kita setiap kali kita mencapai milestone atau titik penting dalam kehidupan. Jom kita dalami sedikit sokongan macam mana yang kita dapat: Raikan Pencapaian Dalam Hidup: Jika anda berjaya mencapai salah satu daripada item di bawah, kita akan raikan bersama melalui Bonus AchieveFirst Beli rumah baru Berkahwin Apabila anak dilahirkan Memperoleh Ijazah Pascasiswazah Menunaikan Ibadah Umrah Menunaikan Ibadah Haji Anda akan menerima RM500 dengan syarat anda dapat mencapainya sebelum umur 50 tahun. Tuntutan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja. Loyalty Bonus Jika anda bayar premium bulanan dengan cantik dan konsisten, anda akan dapat 5% daripada jumlah sumbangan tahunan anda selepas tahun ke-10 polisi anda dan setiap 3 tahun selepas itu. Sokongan Dalam Waktu Kesusahan Jika anda kehilangan pekerjaan anda dalam keadaan ekonomi yang sukar ini, pelan ini memastikan anda masih dapat coverage sehingga 6 bulan walaupun anda tidak mampu membayar premium. Macam Mana Nak Tuntut Bonus AchieveFirst? Cara nak tuntut sangat mudah. Anda...

Key Man Policy PruBSN Takaful

Bagaimana Key Man Polisi Dari Prudential BSN Takaful Dapat Membantu Melindungi Perniagaan Anda Adakah anda sayang bisnes anda? Anda simpan duit dari makan gaji, anda menahan diri daripada membeli kereta mewah, rumah besar, dan melancong ke luar negara. Setelah cukup untuk modal permulaan, anda pun memulakan perniagaan anda dan menghabiskan masa berjam-jam di pejabat. Anda keluar rumah sebelum keluarga anda bangun pagi, dan bila anda pulang ke rumah keluarga anda sudah pun tertidur. Rakan-rakan anda yang makan gaji telah pun nampak hasil yang lebih cepat. Yang mula bekerja dengan kereta kecil dah tukar kereta mewah, yang mula dengan sewa rumah dah ada rumah sendiri, bila lihat di laman Facebook ramai yang dah dapat melawat negara lain dengan duit makan gaji. Ini semua pengorbanan yang anda sanggup telan walaupun pahit, untuk mengejar cita-cita anda. Semuanya berbaloi apabila perniagaan anda maju dan membuahkan hasil yang jauh lebih lumayan daripada orang yang makan gaji. Bolehkah Perniagaan Anda Berjalan Sendiri Jika Sesuatu Terjadi Kepada Anda? Dalam anda menikmati hasil titik peluh anda, pernahkah terdetik persoalan ini: “Bolehkah perniagaan saya terus berjalan jika apa-apa terjadi pada saya?” Dalam mana-mana perniagaan, pasti ada segelintir individu yang memainkan peranan paling penting dalam bisnes, di mana jika ada sesuatu terjadi kepada individu tersebut, maka perniagaan itu menghadapi masalah untuk terus dijalankan. Bolehkah perniagaan saya terus berjalan jika apa-apa terjadi pada saya? Individu yang penting dalam perniagaan ini dipanggil “Key Man” atau dalam Bahasa Melayunya Orang Kunci, iaitu orang yang kepimpinan serta kemahiran mereka menjadi kunci kejayaan sesuatu perniagaan. Sebagai Institusi Takaful, PruBSN Takaful Berhad ada menawarkan pelan Key Man Polisi yang memberikan pampasan kewangan kepada syarikat jika...

Permulaan Perniagaan Dengan Prudential BSN Takaful

5 Sebab Kukuh Untuk Memulakan Perniagaan Sebagai Ejen PruBSN Takaful Jika anda pernah terfikir untuk menceburi bidang perniagaan yang menguntungkan, teruskan mebaca artikel ini sehingga habis! Anda dah lalui semuanya. Anda belajar sungguh-sungguh, skor dengan baik dalam peperiksaan, dan berjaya beroleh segulung ijazah. Anda pun cari kerja yang setimpal dengan kelulusan anda, dananda berasa lega. Ibubapa pun berasa lega bercampur bangga; dapat juga melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran dan kini telah pun diterima bekerja dengan syarikat besar. Selesai sudah! Lepas tanggungjawab. Memang fairytale ending la lepas ni.. Happily ever after! Atau tidak? Setelah penat bekerja 4-5 tahun anda mulai sedar bahawa bukan ini yang anda inginkan untuk hidup anda. Bekerja yang sangat penat dan tertekan Syarikat zaman sekarang boleh demand sesuka hati sebab ramai yang tak ada kerja. Tak suka? Berhentilah! Ada 40 lagi permohonan kerja baru masuk minggu ini yang belum sempat pun diproses. Penat lelah tidak dihargai Politik di dalam ofis lebih menanfaatkan orang yang pandai mengampu dan menonjolkan diri, bukan orang yang jujur dan bekerja keras. Memang corporate culture ni macam tu. Ramai sangat yang nak dikawal, sudahnya tak terkawal. Siapa paling bising dia menang. Pengurusan yang terlalu kritikal Sudah lah penat lelah kita tak dihargai, tapi apabila sekali sekala kita silap, hah.. Siaplah! Bukan main lagi marah. Seolah-olah kita tak buat kerja langsung. Tiada Ruang Untuk Menonjolkan Diri Semasa belajar, kita menimba pelbagai bentuk ilmu pengetahuan, dengan harapan bila bekerja nanti kita akan berpeluang untuk melibatkan diri dalam projek-projek penting dan mendapat kepuasan bekerja, dan menyumbang kepada masyarakat. Hakikatnya, syarikat besar tidak memerlukan kita berfikir kreatif. Malah mereka tak mahu kita berfikir kreatif. Sebab banyak...
PruBSN Smartlink: Lindungi Bayi anda dari dalam Kandungan!

PruBSN Smartlink: Lindungi Bayi anda dari dalam Kandungan!

Apakah PruBSN Smartlink dan Bagaimana Ia Berfungsi? Update: PruBSN SmartLink sebelumnya yang melindungi kanak-kanak berusia satu hingga 18 tahun. Pelindungan SmartLink telah ditambah baik dan kini melindungi janin seawal 20 minggu kehamilan, layak untuk ibu berusia 19 hingga 45 tahun. Ibu-ibu mengandung, tunggu apa lagi? Senarai Manfaat PruBSN Smartlink Untuk Tatapan Anda Manfaat 1: Parent Contributor Jika si ayah membayar pelan anak, dan ditimpa musibah, Prudential akan teruskan membayar pelan anak sehingga 20tahun akan datang, percuma! Sekarang boleh letak dua nama sebagai pembayar, bererti kalau salah satu antara ayah/emak ditimpa musibah, Prudential akan sambung bayar untuk si anak. Manfaat ini yang paling menarik perhatian pengguna berdasarkan pengalaman saya. Manfaat 2: Kecemerlangan Pendidikan Selaras dengan matlamat PruBSN Smartlink ini untuk berfungsi sebagai education plan untuk anak anda, ada disertakan bayaran wang tunai jika anak anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tempatan. Lihat gambar di bawah: Lebih semangat lah anak anda untuk belajar bersungguh-sungguh selepas ini! Manfaat 3: Bina dana pendidikan anak anda Dengan memulakan simpanan awal, sebaik sahaja umur anak anda mencecah 20 tahun, anda telah pun mempunyai cukup wang tunai untuk anak anda meneruskan pengajian tinggi dalam bidang yang diminatinya. Lihat congakan berikut: RM200/bulan x 12 bulan x 20 tahun = RM48,000, tanpa mengira pulangan tahunan Dana Unggul. Jika dilihat secara kasar, bukankah ini sangat memanfaatkan anda sebagai ibubapa dan pengguna? Diatas adalah manfaat lain yang dapat anda nikmati dengan pelan yang sangat inovatif ini! Kesimpulan Kalau diikutkan, banyak lagi manfaat dan panjang lebar lagi perkongsian yang nak diceritakan, tetapi untuk manfaat tuan/puan yang baru nak tahu secara kasar, itulah aspek yang paling penting dalam pelan ini. Adakah pelan...